Pages

Pages

Saturday 22 November 2014

Kesan Methamphetamine (Batu)

Methamphetamine

Methamphetamine atau “Meth” adalah bahan yang mengandungi elemen struktur methyl alpha-methyl phenyl ethyl amine. Pada tahun 1919, methamphetamine ditemui melalui proses kristalisasi (ephedrine using red phosphorus and iodine) oleh ahli farmakologi Akira Ogata.
Antara kegunaan Meth adalah semasa Perang Dunia Kedua. Berjuta-juta pil ini telah diberikan kepada tentera German sepanjang peperangan tersebut. Pada tahun 40-an hingga 50-an, pil ini juga digunakan oleh tentera dan pekerja kilang Jepun untuk tujuan meningkatkan produktiviti. Dadah Meth juga telah diberikan kepada pilot tentera udara Jepun dengan tujuan untuk meningkatkan ketahanan tumpuan terbang jarak jauh dan menahan daripada keletihan.
Methamphetamine merupakan dadah kimia sintetik sepenuhnya. Ia tergulung daripada dadah jenis stimulant atau “uppers” yang merangsangkan deria dan fizikal.Kadar penggunaannya dan permintaannya semakin meningkat di kalangan remaja. Bekalannya pula mudah diperolehi di pasaran gelap yang diseludup daripada luar negara dan diproses secara haram di Malaysia.
Ia juga dikenali dengan nama seperti Meth, Ice Baby, Batu, Kristal, Diamond, Pasir, Gula, Smoke, ABC, Peng Atau Yaba.
Kebiasaannya METH digunakan dengan meletakkan sedikit bahan tesebut diletak dalam corong khas yang diperbuat daripada kaca, lalu ia dilayar dengan api dari bawah dan wapnya disedut melalui corong ke dalam mulut. Terdapat juga yang menggunakan jarum suntikan, di mana campuran Meth dan air di masak dalam sudu lalu disedut ke dalam tabung suntikan serta disuntik melalui urat.
Pergantungan dan penagihan dadah ini akan menyebabkan penagih sentiasa memerlukannya untuk berfungsi serta dos penggunaannya yang kian meningkat.
FAKTA SAINTIFIK
Methamphetamine diproses daripada campuran bahan kimia: n-methyl-1-phenyl-propan-2-amine (desoxyephedrine ephiderine, seudoephiderine, blue iodin & red phosphorus). Bahan-bahan tersebut di proses hingga menjadi kristal seperti kaca atau ice. Secara saintifik, proses untuk menghasilkan METH adalah amat merbahaya kerana ia boleh mengakibatkan letupan (explosion).
Bahan kimia yang terkandung dalam METH akan merangsang peningkatan pengeluaran dopamine semulajadi di dalam sel otak secara berlebihan. Hal ini akan mengakibatkan pengguna merasa terangsang atau keghairahan (euphoria), bertenaga dan hiperaktif.
Degupan jantung akan menjadi pantas berlebihan. Pengunaan berterusan mengakibatkan, penagihan kronik, ganguan emosi, berkelakuan ganas, gemuruh, kecelaruan, paranoid, komplikasi jantung, kerosakan gigi dan insomnia.
Penggunaan Meth amat merbahayakan kerana campuran dan kandungan bahan kimianya tanpa kawalan atau pemantauan serta terdapat bahan tosik yang amat membahayakan kesihatan manusia.
Dari aspek perubatan, Methamphetamine juga boleh diperolehi melalui preskripsi doktor bagi menurunkan berat badan, ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) dan narcolepsy. Ia berbeza daripada dadah Crystal Meth di pasaran haram.

KESAN DAN AKIBAT
  • Pengambilan bahan METH akan menyebabkan pengeluaran dopamine semulajadi di dalam sel otak menjadi tidak stabil. Keadaan ini akan menyebabkan halusinasi, delusi yang kronik, koma dan maut.
  • Kesan dari reaksi kimia METH juga mengakibatkan kerosakan kepada sel-sel reseptor otak secara kekal, mengakibatkan psikotik atau menjadi gila yang tidak boleh dipulihkan lagi.
  • Apabila kesan rangsangan METH berkurangan, pengguna akan merasa lemah, lesu serta mengantuk.
  • Penggunaan secara suntikan yang berkongsi jarum akan mendedahkan risiko yang tinggi kepada jangkitan HIV, Hepatitis serta penyakit-penyakit kronik berjangkit yang lain.
  • Meningkatkan konsentrasi, tenaga, libido/rangsangan seks serta mengurangkan selera makan.
  • Selalunya kelihatan berlebihan cergas, bertenaga, ceria, banyak bercakap dan berjaga tanpa tidur bagi jangka masa yang lama.
  • Menjadi teruja, berani, ganas dan melakukan perkara di luar jangkaan.
  • Menjadi pelupa, hilang ingatan, pemikiran menjadi lembab, lemah dalam menyelesaikan masalah, persepsi menjadi keliru, hilang koordinasi badan dan mudah panik.
TANDA-TANDA
Diantara tanda-tanda penggunaan METH adalah seperti berikut;
  • Berlebihan aktif dan bertenaga.
  • Retina mata hitam menjadi besar serta mata sering terbeliak.
  • Bercakap berlebihan dengan suara yang kuat.
  • Selera makan berkurangan dengan ketara dan berat badan menurun dengan mendadak.
  • Berjaga dan tidak tidur yang berlebihan sehingga 2 – 3 hari.
  • Bercakap seorang diri serta emosi berlebihan hingga tidak terkawal.
  • Menjumpai bahan-bahan seperti; plastik kecil yang mengandungi bahan berwarna kaca atau meyerupai ais, tuib kaca yang mempunyai kesan terbakar, jarum suntikan serta lain-lain barangan yang mencurigakan.

No comments:

Post a Comment